Friday, 24 February 2012

Malaysia vs Japan @Stadium Bukit Jalil

Kesempatan yg ada semasa berkursus di INSTUN telah aku gunakan untuk menyaksikan buat pertama kalinya dlm hidup perlawanan antarabangsa antara Malaysa vs Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun harga tiket granstand RM40 (mahal bg aku yg selalu masuk stadium darumanan RM15 je ), tp demi untuk kepuasan dan pengalaman aku redah jg...mmg best sebab ini pengalaman pertama aku masuk dlm stadium ni walaupun dah beberapa kali duk lalu area sini suatu masa dulu. Game tersebut Malaysia tewas 0-4 kepada Jepun tp tidak mengapa...kepuasan dan pengalaman itu melebihi segala2nya...

Tuesday, 24 January 2012

Explorasi Pulau Tuba II

Kanak-kanak Pulau Tuba

Syamir a.k.a Komeng

Komeng & Orix

Pak Jang Man, Isteri & cucu

Mandi laut

Memetik buah asam

Buah 'Gorek'

Caesalpinia Bonduc

 digunakan secara tradisional oleh penduduk Tuba sebagai penawar cacing kerawit, darah tinggi, kencing manis & malaria. Tumbuh meliar di tepi pantai

Rezeki sampingan - Siput ...?

Pusat aktiviti utama Pulau Tuba

Kedai makan...


Balai Polis Pulau Tuba


Info dari dunia luar tetap diperolehi
Jambatan 2 Pulau - Dayang Bunting & Tuba


Panorama perahu nelayan di Telok Chepedak

Bekas 'relau' tinggalan untuk memproses kayu arang di 'Cheliau'

Rumah penduduk di kawasan Cheliau, Tuba

Pagi di Jeti Tuba
Majoriti penduduk Tuba adalah nelayan


Deretan motorsikal penduduk Tuba yg keluar ke pulau besar
Stesyen minyak utama di Pulau Tuba...ada koata - sebuah motorsikal boleh isi 2 liter sahaja
Langit membiru di Pulau Tuba

Saturday, 21 January 2012

Explorasi Pulau Tuba I

Gilossss.....seminggu x buka blog aku bleh lupa email& password. Maybe otak aku letih sebab baru kembali dari kursus undang2 pusaka kecil (faraid) di Instun, Behrang Ulu, Perak selama 4 hari...sari sebelum tu aku baru pulang dari menjelajah Pulau Tuba, Langkawi selama 2 hari...mmg boleh letih dibuatnya. Masa untuk family pun x sempat...So, masa yang lapang ini aku ambik kesempatan utk mencatatkan 'riwayat' aku sepanjang 2 hari berada di Pulau tersebut.

Aku pernah menetap di Langkawi selama hampir 8 tahun. Kerap kali dalam tempoh tersebut aku menjejak kaki ke Pulau Tuba atas urusan rasmi. Tapi pengalaman bermalam dan merakam keindahan Pulau Tuba adalah yg pertama aku alami...memang menarik...dengan keaslian yg masih kekal sama ada dr segi muka bumi dan cara hidup penduduknya boleh membuatkan sesiapa yg mahukan ketenangan, aman di sini...

Pulau Tuba merupakan pulau yg ketiga terbesar selepas Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting dalam gugusan kepulauan Langkawi. Bilangan penduduk dianggarkan 5000 org yang mana kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Aktiviti utama penduduk di sini dalam menjana pendapatan adalah dengan bekerja sebagai nelayan dan menoreh getah.

Aku dengan beberapa rakan pengemar fotografi telah bertolak dari jeti 'marble' - bersebelahan jeti utama Kuah, untuk ke Pulau Tuba pada 14hb Jan 2012, Jam 10pg. Dengan menaiki bot tambang yang dikenakan bayaran RM5, ianya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit utk sampai ke jeti Pulau Tuba.

Jeti 'Marble'























Suasana dalam bot tambang
























Jeti Pulau Tuba































































































Barangan keperluan harian bagi penduduk Pulau Tuba diangkut dengan menggunakan bot tambang dari pulau besar.




















Bandar Kuah dari jeti Pulau Tuba.