Gilossss.....seminggu x buka blog aku bleh lupa email& password. Maybe otak aku letih sebab baru kembali dari kursus undang2 pusaka kecil (faraid) di Instun, Behrang Ulu, Perak selama 4 hari...sari sebelum tu aku baru pulang dari menjelajah Pulau Tuba, Langkawi selama 2 hari...mmg boleh letih dibuatnya. Masa untuk family pun x sempat...So, masa yang lapang ini aku ambik kesempatan utk mencatatkan 'riwayat' aku sepanjang 2 hari berada di Pulau tersebut.
Aku pernah menetap di Langkawi selama hampir 8 tahun. Kerap kali dalam tempoh tersebut aku menjejak kaki ke Pulau Tuba atas urusan rasmi. Tapi pengalaman bermalam dan merakam keindahan Pulau Tuba adalah yg pertama aku alami...memang menarik...dengan keaslian yg masih kekal sama ada dr segi muka bumi dan cara hidup penduduknya boleh membuatkan sesiapa yg mahukan ketenangan, aman di sini...
Pulau Tuba merupakan pulau yg ketiga terbesar selepas Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting dalam gugusan kepulauan Langkawi. Bilangan penduduk dianggarkan 5000 org yang mana kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Aktiviti utama penduduk di sini dalam menjana pendapatan adalah dengan bekerja sebagai nelayan dan menoreh getah.
Aku dengan beberapa rakan pengemar fotografi telah bertolak dari jeti 'marble' - bersebelahan jeti utama Kuah, untuk ke Pulau Tuba pada 14hb Jan 2012, Jam 10pg. Dengan menaiki bot tambang yang dikenakan bayaran RM5, ianya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit utk sampai ke jeti Pulau Tuba.
Jeti 'Marble'
Suasana dalam bot tambang
Jeti Pulau Tuba
Barangan keperluan harian bagi penduduk Pulau Tuba diangkut dengan menggunakan bot tambang dari pulau besar.
Bandar Kuah dari jeti Pulau Tuba.





No comments:
Post a Comment